Nit-wits talking on web site portraying drugs usage.

Posted by Pierce in Living | Comments Off on Nit-wits talking on web site portraying drugs usage.

Here is one of the nit-wits talking about http://www.sixthseal.com. I wonder where did he get the nickname "killuminati" from?

Yes! he should not be doing drugs, and NO! You nit-wit simply kept spicing up the story.

 

Laman web dajal

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

KUALA LUMPUR: Kecanggihan teknologi masa kini terus disalahgunakan apabila muncul laman web yang mendedahkan secara terperinci cara menghisap segala jenis dadah, bagaimana meningkatkan tahap khayalan, mendapatkan dadah dan menyembunyikannya daripada pengetahuan pihak berkuasa.

Pengasas laman web dajal itu mendakwa dirinya rakyat tempatan dan graduan komputer berusia 24 tahun yang kini bekerja sesebagai jurutera.

Dia menganggap dadah sebagai ‘tuhan’ dan cuba menyebarkan pengetahuan luasnya mengenai semua jenis dadah kepada orang ramai.

Malah, dia yang menggunakan nama samaran ‘killuminati’ dianggap pelayar laman web itu sebagai ensiklopedia dadah berikutan keupayaannya mengetahui nama dan kesan penggunaan hampir semua jenis dadah.

Pemantauan di laman web itu yang diasaskan sejak 2002 mendapati tersenarai kira-kira 50 topik khas mengenai dadah, termasuk berpuluh-puluh gambar dan jenis dadah, selain cara pembungkusan dan menghisap atau menyuntik dadah.

Turut tertera ialah tahap khayal akibat penggunaan setiap jenis dadah, kononnya sebagai panduan kepada mereka yang melayari laman web itu untuk memilih jenis dadah sesuai dengan keinginan masing-masing.

Berdasarkan penerangan di dalam laman web itu, ‘killuminati’ dipercayai penagih tegar yang mencuba pelbagai dadah kerana penerangannya yang terperinci mengenai kesan khayal sesuatu dadah.

Ini terbukti apabila dia mampu memberi penerangan terperinci untuk kategori pil khayal ‘crystal methamphetamine’ yang mempunyai 11 tajuk berlainan, malah turut menyelitkan gambar dirinya menghisap dadah syabu menggunakan ‘dapur’ dan disuntik pelbagai jenis dadah.

Laman web itu mempunyai 22 kategori untuk dilayari orang ramai dengan di bawah setiap kategori pula mempunyai antara enam hingga 80 subjek.

Antaranya Black Kingdom, Chinese New Year, crystal methamphetamine, ethanol and tobacco, events, Fast Food Inc , food reviews, hmm… dan huygens Asia.

Turut diterangkan ialah kaedah untuk memproses dan menghisap dadah, termasuk peralatan diperlukan serta cara yang didakwa mampu memberi lebih kepuasan apabila mengambil pelbagai jenis dadah.

Pengasas laman web itu yang dipercayai ketagihan ganja turut menerangkan perbezaan antara daun ganja mampat dan daun ganja biasa yang mempunyai kualiti dan harga berbeza yang boleh dibeli daripada pembekal tempatan.

Dia juga mahir mengenai kaedah menghasilkan pil khayal, malah mengaku pernah merasai hampir semua jenis dadah merangkumi Heroin, Syabu, Amphetamine, Ecstasy, Ketamine, Erimin 5, Klonopin dan pelbagai jenis ganja yang dijual di pasaran.

Lebih menakutkan, dia turut memberikan tunjuk ajar kepada pengunjung laman web berhubung lokasi di ibu kota yang mudah dikunjungi untuk mendapatkan dadah serta harga yang sering ditawarkan.

Sehingga kini laman web itu didapati menerima tindakan balas positif daripada pelayar internet melalui komen ‘membina’ yang disiarkan.

 

Comments are closed.